JOHOR BAHRU: Empat penolong pegawai penguat kuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan seorang pemilik syarikat logistik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan rasuah dan mengemukakan butiran palsu berhubung kes kartel daging.
Kakitangan MAQIS Mohd Hafizan Khalid, 44 dan Nor Azlan Mat Suki, 40, serta pemilik syarikat Abdul Latif A Rahman, 55, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.
Dua lagi kakitangan MAQIS, Mohammad Sofyan Mohd Zin, 27, dan Khairul Izat Sulaiman, 31, mengaku bersalah, masing-masing atas satu pertuduhan.
Mohd Hafizan didakwa menerima suapan wang tunai RM2,500 daripada seorang individu sebagai upah untuk melepaskan kontena yang membawa daging sejuk beku milik Syarikat ZS Armin Sdn Bhd dari negara yang tidak diiktiraf Jabatan Veterinar, di sebuah restoran di sini pada Disember 2016.
Nor Azlan pula menghadapi lima pertuduhan menerima suapan bernilai RM37,000 berhubung perkara sama juga di sebuah restoran di sini, antara Februari hingga April 2017.
Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama, yang boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Abdul Latif pula didakwa atas dua pertuduhan mengemukakan dokumen yang mempunyai butiran palsu pada 5 Oktober 2020 dan 9 November 2020 bertujuan mengelirukan pihak berkuasa.
Berikutan itu, dia dituduh mengikut Seksyen 18 Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2), yang jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan yang palsu atau silap atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.
Abdul Latif juga menghadapi dua pertuduhan pilihan iaitu mengemukakan dokumen palsu pada 5 Oktober 2020 dan 9 November 2020 mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun sama yang membawa hukuman penjara hingga dua tahun, atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi Mohammad Sofyan dan Khairul Izat, mereka masing-masing dituduh menerima wang suapan sebanyak RM30 dan RM100 pada 5 Oktober 2020 dan 10 November 2020 bagi mempercepatkan proses pemeriksaan dokumen dan fizikal konsainan, yang mana mereka gagal melaporkan pemberian penyogokan kepada SPRM.
Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 25(1) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25(2) akta sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Mohd Hafizan diwakili peguam Mohd Razak Sharif manakala Nor Azlan diwakili peguam Peter Tan. Kedua-dua mereka dibenarkan diikat jamin sebanyak RM7,000 seorang dengan seorang penjamin.
Abdul Latif yang diwakili peguam S.Vijaya dibenarkan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin serta pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah.
Sementara itu, mahkamah mengarahkan Mohammad Sofyan melantik peguam serta membenarkannya diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.
Kes Mohd Hafizan, Nor Azlan, Abdul Latif dan Mohammad Sofyan akan disebut semula pada 29 Jun depan manakala untuk kes Khairul Izat yang diwakili peguam, mahkamah akan menjatuhkan hukuman pada petang ini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Suhaili Sapun.
Astro Awani
Sun May 23 2021
Tertuduh berhadapan tuduhan rasuah dan mengemukakan butiran palsu berhubung kes kartel daging. - Gambar/ Bernama
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
JKDM rampas empat kontena daging babi bernilai RM2.7 juta
Daging tersebut dirampas oleh bahagian penguatkuasaan pihaknya dalam operasi pada 13 Feb lepas di Pelabuhan Utara.
Maqis tahan kemasukan mangga dari Thailand dikesan ada serangga perosak
Kesemua barang dagangan yang dianggarkan bernilai RM8,640 itu telah ditahan untuk tindakan lanjut.
MAQIS P. Pinang rampas daging kerbau sejuk beku India bernilai lebih RM262,000
Hasil pemeriksaan ke atas kontena yang membawa produk ruminan daging kerbau sejuk beku di Pelabuhan Pangkalan Kontena Utara Butterworth (NBCT).
27 tan tulang ikan tuna sejuk beku dari China dirampas Maqis Pulau Pinang
Rampasan dibuat dalam pemeriksaan di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) pada Selasa lepas.
Maqis tahan seekor kucing British Shorthair dari Rusia
Menurut Maqis Selangor, mengimport haiwan kesayangan dengan mengisytihar maklumat palsu, tidak tepat atau mengelirukan adalah suatu kesalahan.
Maqis Johor rampas anak pokok tanaman hiasan bernilai RM119,200
Kesemua anak pokok dirampas kerana tidak mempunyai permit import yang sah untuk tindakan lanjut.
MAQIS Johor rampas udang harimau sejuk beku bernilai RM6,600
Jumlah udang harimau itu melebihi kuantiti yang diikrarkan dan sehubungan itu sebanyak 1,320kg udang harimau dirampas untuk tindakan lanjut.
Maqis rampas 45,000 anak pokok kayu putih cuba dibawa masuk dari China
Anak pokok kayu putih bernilai RM11,700 itu ditemui di dalam empat bagasi yang dibawa oleh seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 50-an.
MAFI waspada tangani jangkitan LSD ke atas lembu tempatan - Che Abdullah
Sebanyak 12,757 premis telah diperiksa melibatkan 168,734 ekor lembu dan daripada jumlah itu, sebanyak 169 ekor lembu dari 101 premis positif LSD.
Maqis Johor rampas 24,925kg susu formula dari Amerika Syarikat
Sebuah kontena membawa 997 beg susu formula didapati mengemukakan sijil kesihatan yang berbeza dengan nombor siri pada labelnya.